Tuesday 20 November 2012

Cerpen:Ya Allah,Aku Suka Dia I

Humaira' termenung semasa perjalanan ke rumah saudaranya di Klang,Selangor untuk menghadiri kenduri perkhawinan sepupu merangkap anak jagaan umi dan ayahnya ketika kecil dahulu.Setelah tiba di rumah si pengantin,Humaira' berlari mendapatkan saudara-maranya.

"Anis,mana Kak Ira,''Fasihah masih mencari si pengantin.
"Entahlah Kak Long"Anis turut mencari kakak sulungnya."Kak Long,jom duduk luarlah,akak keluar agaknya,''tangan Humaira' terus ditarik agar mengikutinya keluar.Humaira' mengajak adiknya keluar bersama.Semama asyik berbual mereka ternampak seorang jejaka keluar dari rumah jiran.Zinnirah hanya memandang lelaki tersebut berlalu dengan menunggang motosikal.Mereka bersembang-sembang hingga tidak sedar matahari mudah mengeluarkan cahayanya.

"Along,angah masuk cepat,bersiap sekejap lagi nak pergi masjid Kak Ira nak akad nikah,''ketiga-tiga gadis yang asyik bersembang terus ke bilik Anis untuk menggantikkan pakaian masing-masing.Setelah semuanya siap,kami terus bergerak ke masjid agar tidak terlambat.

Setibanya di masjid,keadaan menjadi kecoh seketika apabila Kak Ira sah menjadi Abg.Shah hanya dengan sekali lafaz.Seperti biasa dalam majlis akad nikah pasti ada babak-babak sedih.Setelah selesai babak-babak sedih semua bergerak ke rumah Kak Ira untuk menjamu selera.Humaira',Zinnirah dan Anis sentiasa bersama,biasalah umur hampir sebaya.Mereka menjadi pemerhati sahaja.Tidak tahu apa yang harus dilakukan.Hanya berbual-bual kosong.Petang mereka berlalu hanya dengan berbual kosong dan gelak tawa sahaja.Pada malamnya,diadakan sedikit jamuan bagi menyambut ulangtahun kelahiran saudara-mara yang dilahirkan pada bulan Jun.Setelah selesai jamuan tersebut,Anis,Humaira' dan Zinnirah terus masuk ke bilik Anis untuk berehat.

Di dalam bilik tidur Anis.

"Anis,nama mamat tadi apa,"tanyaHumaira' kepada Anis.Humaira' menanti jawapan daripada Anis.
"Eh,along ni dah tertarik ke?Erm,nama dia Fathul."Anis menjawab.Nada cemburunya dapat ditangkap oleh sepupunya,Zinnirah
"Erm,hensemlah Fathul tu,along rasa along dah suka dia lah,"Humaira'berkata sambil tersenyum.


Semalaman perpincangan tiga gadis tersebut hanyalah Fathul.Zinnirah tidak berminat untuk bercerita mengenai lelaki tersebut.Bukan tidak berminat,hatinya merasakan sesuatu setiap kali memandang jejaka tersebut.Zinnirah hanya menjadi pendengar yang setia.Setelah penat bersembang mengenai jejaka jiran sebelah,mereka semua terlelap.


               ************************************************************

Humaira',Anis dan Zinnirah serta saudara-mara yang lain sedang bersiap sebelum kenduri bermula.Semua mengenakan baju berwarna Ungu.Humaira',Anis danZinnirah ditugaskan menjaga di bahagian makanan.

'Aduh,kalau kena jaga bahagian ni mesti kena bekerjasama dengan si Fathul tu,aduh!!'bisik hati Zinnirah.Entah mengapa hatinya gugup untuk berhadapan jejaka yang bernama Fathul itu.Hati Zinnirah berdegup kentang setiap kali matanya tertumpu pada Fathul.Apabila mata Zinnirah bertentang mata Fathul,dia akan memalingkan wajahnya,gugup tidak terkata.Kelapangan yang ada digunakan untuk menunaikan solat Zohor.


Setelah selesai menunaikan solat Zohor,Zinnirah menyuruh Humaira' dan Anis menunaikan solat Zohor.Tetamu makin berkurangan,Zinnirah hanya duduk kerana saudara-maranya telah mengambil tugas Anis,Humaira' dan Zinnirah.Ketika sedang asyik melayan perasaan seorang diri,Kak Melur menyanyikan lagu "Diam-diam Jatuh Cinta" yang dipopularkan oleh Ramlah Ram.Zinnirah menghayati bait-bait lagu tersebut.Tanpa disedari,sepasang mata sedang memerhatikannya tanpa bekerdip.Ketika Zinnirah mendongakkan kepalanya,terasa bagai luruh jantung Zinnirah apabila terlihat wajah Fathul tepat memandangnya.

'Erm,yang dia ni kenapa tersengih-sengih.Tengok aku ke?Ish,lagu pulak tak boleh belah,'Zinnirah mengomel seoarang diri.'Ya Allah kuatkanlah imanku,seandainya aku telah menarik minat Fathul untuk terus mengingatiku,ampunkanlah hambamu ini,Ya Allah,'bisik hati Zinnirah.


              ***********************************************************

Beberapa hari selepas kenduri,hanya ejekan dan usikan yang di dengar dari bibir Humaira' dan Anis kepada Zinnirah.Mereka tahu bahawa Zinnirah tidak menyukai diusik begitu,akan tetapi kenakalan mereka terus membuatkan mereka terus memperlakukan Zinnirah sebegitu.Mereka juga mengetahui Zinnirah menjadi seorang yang pendiam dengan lelaki sejak memasuki sekolah agama.


              *************************************************************

Hari-berganti hari dah hampir seminggu cuti Humaira' sekeluarga diluangkan di Klang,tiba masanya untuk pulang ke Pendang,Kedah.Sebelum pulang,Humaira',Anis dan Zinnirah meluangkan masa dengan berbual di buaian.Mereka perhatikan tingkah laku Fathul,entah apa yang difikirkan dan dirisaukan.Selepas Zohor,Humaira' dan keluarga terus bergerak pulang ke Pendang,Kedah.






Bersambung.....











Friday 9 November 2012

Persekolahan 2012 is Over!!

Assalamualaikum semua...

tak ada apa yg saya ingin kongsikan cuma sedikit luahan perasaan...
saya sedih sangat sekolah dah habis....mungkin pembaca~pmbaca akan pelik kenapa saya sedih kan!!
dah habis sekolah sepatutnya hepy....tapi saya sebaliknya...erm...saya rasa sdih sangat sebab tahun dpan ramai kawan~kawan akan pindah sekolah...biasalah budak PMR...naik form 4 mesti nak pindah sekolah yang lebih baik kan...erm....tadi masa salam my kembar(sama bufday,lain mak bapak keyh)/tempat saya meluahkan perasaan...nangis gila~gila kott...saya sayang dia sangat2....
erm...tu ja yang saya nk tulis....

saya tujukan lagu nie untu semua kawan2 saya.....saya sayang korang semua...


Sunday 4 November 2012

Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah

Bismillahhirrahamnirrahim..

Hari ni ana nk join segmen yang dianjurkan oleh cik Liyana Syafiqah si kecil molek nie..

Erm...Syarat~syaratnya tidaklah susah pon...

Jom Baca Syarat~Syaratnya ok..

  • 1.Buat entry bertajuk "Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah"
  • 2.Letakkan banner di entry anda..
  • 3.Follow blog Liyana Syafiqah..
  • 4.Link kan entry anda di komen...



Erm...Pasal tarikh penyertaan pulak..

segmen ini bermula 20/10/2012~23/11/2012

Lambat lagikan so jomlah join ramai~ramai...