Thursday 13 December 2012

Cerpen:Ya Allah,Aku Suka Dia II

Hari ini Zinnirah akan memulakan persekolahan di sekolah baru iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) .Takut,gembira,sedih,seribu satu perasaan bercampur-baur di dalam hati Zinnirah.Menyesal pun ada kerana memilih untuk bertukar sekolah,tetapi dah terlambat.Pendaftaran telah dilakukan.
'Hurmm,Ya Allah,kuatkan aku sepanjang keberadaan aku di sekolah ini.Kuatkan aku Ya Allah.'bisik hati Zinnirah.
Zinnirah menitiskan airmata tatkala ibu,ayah serta saudra-maranya menaiki untuk pulang ke rumah.Setelah kereta kedua ibu-bapanya hilang dari pandangan,Zinnirah terus kembali ke bilik yang telah ditetapkan.Dia tetap bersyukur kerana dia ditempatkan satu bilik dengan rakan sekelasnya dahulu iaitu Fuzla,walaupun mereka tidak rapat tetapi mereka telah ditempatkan di satu kelas selama tiga tahun.Semoga persahabatan mereka akan kekal.Zinnirah hanya mampu brdoa dan menginginkan yang terbaik.
Masa yang dinanti-nanti telah tiba.Setelah sebulan berada di sekolah,tiba masanya untuk pulang ke rumah bercuti selama 3 hari 2 malam.Setelah berbincang bersama umi dan ayah tercinta melalui telefon yang di sediakan di asrama,umi dan ayah menyuruh tinggal di rumah Pak Long.Sedih lah jugak.Lumrah lah kan.Tambah-tambah anak perempuan pula.Dah lah nak kena berpisah.Kena duduk rumah orang pulak tuh.Sabar aja lah.Sabarkan separuh daripada iman.
'So,hari ni aku kena balik rumah Pak Long.Sabar lah wei.'bisik hati Zinnirah.'Sekurang-kurangnya aku ada Anis nak teman aku.Erm,tak pa lah duduk rumah Pak Long pun.'Pada petangnya,Zinnirah di jemput oleh pak long dan mak longnya untuk pulang ke rumah mereka.

      ********************************************************

Keesokan harinya,setelah selesai menikmati sarapan bersama pak long sekeluarga,Anis dan Zinnirah terus keluar rumah dan bersembang-sembang di buaian yang terdapat di rumah tersebut.Port biasalah katakan.
Hari ini Zinnirah akan pulang kembali ke asrama.Pada waktu Zohor,sebelum pulang,Zinnirah dan Anis bersembang-sembang di buaian.Ketika mereka asyik bersembang.Fathul keluar dari rumahnya.Dia ingin mendekati Zinnirah dan Anis.Zinnirah menarik tangan Anis untuk masuk ke dalam rumah.Anis berkeras untuk tetap duduk di situ.Zinnirah berasa seperti dipersendakan.Dia kembali duduk di sebelah Anis,wajahnya tidak di angkat.Malu untuk berdepan dengan Fathul.Zinnirah hanya mendengar perbincangan yang berlaku di antara Anis dan Fathul.Zinnirah yang tadi becok tiba-tiba menjadi seorang yang pendiam.
"Ira,kau sembanglah dengan Fathul  nie dulu,aku nak masuk kejap.Nak buat air."bisik Anis kepada Zinnirah.Zinnirah cuba untuk menarik lengan Anis,tetapi tidak berjaya.Kakinya juga seperti tidak dapat digerakkan untuk mengikuti langkah Anis.
'Perghh,dia ni memang cari nahas sungguh.'bisik hati Zinnirah.Geram.Zinnirah hanya memilih untuk mendiamkan diri.Akan tetapi tidak lama kerana Fathul telah membuka mulut untuk memulakan perbualan.
"Ira,macam mana perasaan dapat bersekolah di Kolej Islam Sultan Alam Shah,seronok?''Fathul memulakan perbualan dengan bertanya mengenai sekolah Zinnirah.
"Biasa-biasa sahaja.Anyway,jangan sesuka hati panggil Ira,panggilan tu untuk kawan-kawan dan ahli keluarga sahaja."Zinnirah menjawab.Nada marahnya membuatkan Fathul terdiam seketika.
"Maaflah,saya hanya mengikut panggilan yang di panggil Anis."Fathul mengucapkan kata maaf.Anis keluar dengan membawa air teh tarik bersama tiga cawan beserta sedikit biskut.Zinnirah berasa sedikit lega apabila Anis keluar.
"Eh,bincang apa tadi?';tanya Anis sambil memandang ke arah Zinnirah.Belum sempat Zinnirah menjabat,Anis menujukan soalan lain pulak buat Fathul."Amacam Fathul,boleh,ok tak?"Anis dan Fathul tersenyum sambil memandang ke arah Zinnirah.
"Not bad lah,tapi garang macam singa,huh,takut siot.Gurau Fathul.
"Eh,kau marah apa dekat si Fathul ni yang buat dia kata kau macam singa."tanya Anis kepada Zinnirah.
"Aku tak marah apa-apa pun.Dia tu yang over sangat."kata Zinnirah membela diri.Mereka berbual hingga azan Asar berkumandang.Zinnirah bersiap-siap untuk pulang ke asrama.Dia sempat melihat Fathul  pulang dari masjid bersama ayahnya.
Setiap hari,Zinnirah menghubungi ibu ayahnya yang jauh di kampung halaman.Rindu terhadap kedua orang tuanya tidak dapat di bendung lagi.Minggu ini,minggu terakhir persekolahan.Zinnirah tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung halaman,untuk berjumpa ibu dan ayahnya.

             **************************************************

Hari terakhir persekolahan telah tiba,Zinnirah berasa sedih kerana akan terpisah bersama rakan-rakannya untuk seketika.Dia juga berasa gembira kerana akan pulang ke kampung halaman.
   
           **************************************************

Setelah tiba waktu pulang,Zinnirah menelifon ibunya untuk mengetahui ibu dan ayahnya di mana.Dia tidak sabar untuk berjumpa dengan kedua ibu bapanya.Setelah ibu bapanya sampai.Zinnirah menyalami dan memeluk kedua-duanya.Setelah selesai menyimpan barang-barang Zinnirah di dalam bonet,mereka terus bergerak ke rumah Pak Long dan menginap di sana sebelum pulang ke kampung keesokan harinya.


Bersambung....